5/11/2010

PKR PENIPU!!! - BEKAS KETUA PEMUDA PKR SIBU

Ada masanya beliau bergaduh dengan isteri kerana menghabiskan masa bersama rakan-rakan parti. Itu belum ambil kira wang ringgit yang dikorbankan untuk aktiviti parti.

Namun, selepas hampir 11 tahun, Jee Chang Peng, 42, mula sedar bahawa PKR tidak memberi sebarang faedah kepadanya. Peng melihat pemimpin atasan berbalah sesama sendiri dan keadaan parti itu terutama di Sibu sentiasa kucar kacir. Bosan dengan semua itu, Peng, bekas tukang masak mengambil keputusan meninggalkan PKR malam Isnin.

Ketua Pemuda PKR Zon Tengah Sibu itu keluar parti bersama kira-kira 20 ahli parti lain dalam satu majlis di Sibu. Bagaimanapun, beliau belum buat keputusan menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdekat.

Barangkali kerana phobia kerana bersama PKR baginya sesuatu yang tidak mendatngkan faedah. Menurut Peng, sebelum bersama-sama PKR, beliau tidak terbabit mana-mana parti. Ditanya kenapa membuat keputusan ketika pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Peng memberitahu,beliau tidak mahu penduduk dan pengundi Sibu tertipu dengan perjuangan PKR. “Saya hanya kecewa dengan PKR dan pemimpin-pemimpin parti itu yang selalu berbalah pasal jawatan.

Cakap nak buat aktiviti tetapi duit suruh kita sendiri cari,” katanya. Peng berkata, beliau akan membantu berkempen untuk BN memandangkan ramai kenalannnya di kawasan Sibu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peerkataan yang meriah sekali ialah "KELUAR"...Keluar parti ada,keluar kunyit ada,keluar air ada...semua keluar ada.....MACAM MACAM ADA

Tanpa Nama berkata...

Poraaahh bro... Kau lagi penipu. Kau ingat rakyat bodohkah. Kita sudah tahu menilailah bro... Guna otaklah bro..