5/04/2010

SULTAN KATA TAK BOLEH POLITIK DI MASJID - NIK AZIZ JAWAB "JENIS BODOH TAK BOLEH DIAJAR"

Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini. Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya. Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik.

Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’.

Baginya kutbah Jumaat adalah sebahagian dari politik Islam. Nik Aziz yang nyata tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor sebagai satu peninggalan penjajah dan ajaran karut.

Sultan Selangor telah menitahkan larangan pengunaan masjid sebagai medan politik semasa kehangatan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar yang diminta oleh wartawan mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu bertanya apakah Menteri Besar Kelantan itu akan patuh atau tidak jika Sultah Kelantan menitahkan peraturan seumpama itu.

Beliau menilai perbuatan Nik Aziz tidak menghormati Sultah Selangor dan undang-undang negeri lain. Katanya kalau tak suka Menteri Besar itu bolehlah pergi ke negeri lain yang masjid boleh dijadikan tempat politik.

Apa pula agaknya komen Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pada kata-kata pedas Nik Aziz itu yang dipercayai melibatkan titah Sultan Selangor?

Perlu difahami bahawa tujuan Sultan Selangor tidak membenarkan masjid digunakan sebagai pentas politik kerana ianya akan memecahbelahkan Islam. Tidak kira PAS mahupun UMNO, apabila berada di masjid kita berada di 1 saf yang sama. Tidak kira apa jua pegangan politik masing-masing.

Sejarah telah membuktikan bahawa beberapa masjid sebelum ini telah berlakunya pertelingkahan lidah di kalangan ahli-ahli politik. Sampaikan pernah difatwakan haram mengimamkan orang yang menyokong UMNO. Haram berjemaah bersama orang UMNO. Membina 2 Masjid di 1 kawasan dek kerana politik. Apa ini semua?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nik aziz ni da nyanyuk kot.....bawak2 la bertaubat nasuha tok guru oi....ni la bila arena politik ramai yg dtg xbyk ilmu di dada...baik ilmu aama mahupun ilmu dunia...moral n akhlak..kdg2 ade yg pandai n bijak...tp akhlak ke parit...ade akhlak bgs..moral ok..tp ilmu kat dada ke laut...org2 cmni la byk mnghancurkn rakyat yg bijak pandai..tau nk sng kn idup sndiri n sekutu2 yg suke ampu...yg akhlak bgs plak...smngat bjuang utk rakyat ade..tp...sbb xde ilmu yg tggi...sng kne hasut,...huhuhu...kpd rakyat n pngundi..pilih la pemimpin yg benar2 berkemampuan untuk memimpin...sejahtera utk semua

shonzu berkata...

Ya.. mulai saat ini mari kita panggil Tok Garu N.Ajis sebagai Tok Garu N.Ajis bodoh tak boleh diajar.....

Memang sesuai dengan perangai bodoh sombongnya selama ini.... asyik salahkan orang lain sahaja, kalau orang tua kutuk ini, dia semuanya betul sahaja.

Memang spesis dah nyanyuk tu, kubur kata mari, rumah kata boleh BLAH.... Hahahahaha.....

Shalom AnWAR Shalom dari PĂSrael FOR ALL

Ali Abdullah berkata...

Yang bodoh tu PAS pasal tak paham2 cakap orang. Peraturan negeri orang kata tak boleh! dia nak tetap nak buat gak.. memang nak kena baling ngan lesung batu macam nih!

Unknown berkata...

n.ajis bodoh sombong.bodoh sombong n.ajis sombong bodoh pun n.ajis.............hahahahahahaaaaaa.......

ain berkata...

salam.. patutla.. tgk ulasan2 dalam blog ni boleh kata semua yang berkaitan dengan islam salah..ini lah akibatnya jadi orang jahil.. Ya ALLAH, kau ampunkan dosa mereka ini. barakngkali mereka ini tidak sampai lagi kebenaran kepada mereka.. tunjukilah kami jalan terbaik untuk berdakwah kepada mereka.. aku percaya ya ALLAH, mereka ini dalam keadaan jahil.. Islam itu luas tetapi mereka tidak mahu mencarinya.. subhanallah..