1/14/2011

ANWAR AKAN TETAP TERUSKAN NIATNYA UNTUK BERDEBAT !!!


Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya meneruskan cabaran beliau terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya,ini berdasarkan kapasiti Najib selaku Menteri Kewangan selain merupakan individu yang mendakwa Pelan 100 Hari pembangkang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan negara bankrap.Katanya, keputusan meneruskan cabaran itu dibuat dengan persetujuan pemimpin ketiga-tiga parti pembangkang dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang.

"Tuduhan bahawa program itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara bankrap datang daripada Perdana Menteri.Justeru,kita mahu dapatkan reaksi terus daripada beliau.Ia juga berkaitan ekonomi yang terletak di bawah Menteri Kewangan.Bukannya urusan ahli Parlimen yang hendak bersara.Khairy sebenarnya cuba menyelamatkan bos beliau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Pas,Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP,Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.Sementara itu,Anwar memberitahu, pakatan pembangkang akan mengedarkan 'buku jingga' yang mengandungi program 100 harinya ke seluruh negara melalui kepimpinan pembangkang di setiap negeri dalam tempoh sebulan.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang macam Anuar tu siapa pun tak boleh halang.. biarkan dia terjun dengan labu nya.

Dia nak berdebat, biar dia teruskan , polis bagi sahaja permit.. bia dia bercakap soran-sorang..
lepas tu cekup..