3/26/2009

Ucapan Dasar - Pak Lah Seru Sokong Najib, Ucap Terima Kasih kepada Tun Dr. Mahathir


Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyampaikan ucapan dasar beliau yang terakhir. Beliau menyeru kepada semua ahli UMNO agar berikrar menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Saya menghargai sokongan Datuk Seri Najib kepada saya atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri; membawa ingatan nostalgia saya kepada bimbingan dan kepercayaan yang pernah diberikan kepada saya oleh ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1969 apabila saya bertugas di urusetia MAGERAN,” tambahnya.

Abdullah dalam ucapannya juga menjelaskan, keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO adalah bertujuan untuk menunjukkan teladan bagi memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun ada yang memintanya untuk terus mempertahankan jawatan itu.


Abdullah turut mengambil kesempatan dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana melantik beliau sebagai Timbalan Perdan Menteri dan akhirnya memberikan laluan untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Mengakhiri ucapannya Abdullah melafazkan “Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO, begitu juga warga dan negara Malaysia terus berada di tangan mereka yang ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Ilahi”.

Gandingan Shahrizat, Khairy dan Rosnah - Kemenangan Seimbang buat semua ahli UMNO




Berikut senarai lengkap pemegang jawatan utama tiga pergerakan Umno bersama jumlah undi yang diperolehi masing-masing seperti diumumkan malam ini.



WANITA

Pengunjung mendengar ucapan kemenangan Datuk Seri Shahrizat


Pengerusi Tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)


Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)


Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa

1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)

11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)




PEMUDA

Pengerusi Tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan Pengerusi Tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)


Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)


Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)




PUTERI

Pengerusi Tetap
Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan Pengerusi Tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)


Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)


Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)

Perhimpunan UMNO - Pengalaman Berada di Lokasi Perhimpunan Agung UMNO


Crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan sempat turun padang untuk membuat liputan pada malam pengumuman untuk jawatan 3 sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri. Alhamdullillah, kehadiran kami mendapat sokongan beberapa rakan-rakan parti yang lain.


Keadaan penuh sesak tidak menghalang crew
blog UMNO Cawangan Gombak Selatan untuk membuat liputan.



Gelagat wakil wanita UMNO membeli belah di kawasan
booth Perhimpunan Agung UMNO



Wakil wanita UMNO yang sempat bersama kami dan amat menyokong
UMNO dari sudut transformasi dalam parti. Kunjungilah gerai beliau
di PWTC yang menjual produk minuman Smart Coco A+, satu
produk minuman koko yang boleh meningkatkan daya ingatan.
Untuk keterangan lanjut, layari www.smartcoco.com



Kami sempat juga menemubual wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
untuk memberikan pandangannya mengenai kepimpinan Pemuda UMNO


3/25/2009

Pemilihan Kali Ini Adalah Pertaruhkan Survival UMNO – Najib


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu bahawa tugas mereka tahun ini adalah "yang paling berat dalam sejarah" UMNO.

Dalam ucapannya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka di sini, Selasa malam beliau berkata yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival UMNO itu sendiri.

"Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah", katanya.

Tetapi, menurut beliau, UMNO masih disayangi oleh orang-orang Melayu dan sebab itulah mereka mengundi untuk mengekalkan UMNO sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga.

"Oleh sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar menjadi benci dan terus tidak peduli", ujarnya.

Menyingkap sejarah perjuangan UMNO, beliau berkata UMNO ternyata mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan.

Katanya, telah terbukti juga UMNO adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia.

"Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja.

"Hakikatnya, UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman," katanya.

Beliau juga mengingatkan anggota UMNO supaya berpijak di bumi nyata kerana lanskap politik negara telah berubah sama sekali.

"Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari dengan tuntutan zaman. kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.

"UMNO juga tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda, kerana parti itu bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka", ujarnya.

Beliau berkata pada masa ini 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus pada 2020.

"Janganlah kita biarkan hasil semaian UMNO ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka", katanya.

Beliau turut meminta para perwakilan yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan parti pada Khamis ini supaya memilih satu pasukan pimpinan yang ampuh dan padu.

"Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi," katanya.

Beliau berkata UMNO memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

UMNO, kata Najib, harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.

"UMNO dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.

"Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan," katanya.

3/24/2009

Perhimpunan UMNO - Salam Persidangan Buat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO..


Semoga ia berjalan dengan lancar.
Semoga ia dapat menyatukan perpaduan kita
UMNO Dulu, Kini, Selamanya