8/28/2009

MENJELANG HARI MERDEKA - SEMARAKKAN 1MALAYSIA

Menjelang beberapa hari lagi kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Namun persoalannya yang timbul kini, sejauh mana kita mampu menghayati erti kemerdekaan?

Slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak adalah nadi kemerdekaan Negara kita. Kita sewajarnya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai penganut Agama dan Bangsa.

Bangsa Melayu, Cina dan India antara kaum utama di Negara ini. Dan kita sewajarnya memupuk semangat kekeluargaan di kalangan kita. Tidak perlu kita mempertikai atau menafikan hak sedia ada. Kerana ianya terbukti mampu menguatkan semangat perpaduan di Negara kita.

Ayuh kita bersatu. Kita semarakkan kemerdekaan yang kita kecapi ini. Jangan kita membiarkan mana-mana individu atau sekumpulan manusia memecahbelahkan kita semua. Golongan sebegini sengaja mengapi - apikan kita semua dengan mempertikaikan hak keistimewaan, hak kebebasan dan perlembagaan sedia ada untuk kepentingan mereka. Walhal ianya bukanlah satu bebanan untuk kita bersatu. Ia adalah satu simbol perpaduan kita.

Ayuh.. Kibarkan jalur gemilang. Tanda kekeluarga 1Malaysia...

8/26/2009

KEMENANGAN PAS - BN PERLU BERSATU PADU PERJUANG PARTI

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.

Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

BN terutama UMNO tidak perlu berputus asa. UMNO perlu bersatu hati dan bergerak secara berpasukan dalam menempuh pembangkang. UMNO kini tidak perlu lagi memikirkan soal Kumpulan A atau Kumpulan B dalam menggerakkan parti ini kerana perjuangan kita dalam membela Agama, Bangsa dan Negara.

Pemuda UMNO terutamanya perlu bergerak secara 1 pasukan yang mantap bagi memperhebatkan semula jentera parti kita. Buang segala perang dan syak wasangka di kalangan kita. Ayuh kita bersatu dan berperang menentang pembangkang.

Ini bukan lagi soal kepentingan politik sesiapa. Ini adalah soal Agama, Bangsa dan Negara. Jika kita fikirkan 3 perkara ini, UMNO akan kembali kebal. Inilah yang kita mahukan. Jika kita terus leka dengan mainan politik dalaman, UMNO akan terus hancur. Janganlah kita leka berpolitik sesama kita sehingga kita lupa, Agama Bangsa dan Negara kita semakin dipijak oleh Pengkhianat Bangsa.

Ingatlah, seperti yang diperkatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, "Sekarang bukan masanya untuk kita berperang sesama kita. Sekarang kita perlu bersatu menentang musuh parti kita." Beliau berkata demikian ketika memberi pandangan mengenai penubuhan blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.

8/25/2009

PRK PERMATANG PASIR - MILIK SIAPA?

i.
Setakat pukul 11 pagi tadi, hampir 40% pengundi telah menjalankan tangggungjawab mengundi calon yang sesuai untukmewakili DUN Permatang Pasir. Pengundian mereka akan menentukan samada PAS akan kekal di DUN tersebut atau BN mampu merampas semula kerusi ini.

Tanpa insiden besar kecuali tindakan ahli parlimen PKR Padang Serai, N.Gobalakrishnan yang didakwa menyerang polis, proses pilihanraya kecil N11, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berjalan lancar. Walaupun hujan hampir setiap hari sepanjang tempoh kempen selama lapan hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ianya tidak melemahkan jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil terebut.

Tempoh kempen tiga hari terakhir dalam suasana bulan puasa juga berjalan seperti biasa malah meriah pada petangnya apabila petugas parti bersama-sama berbuka puasa manakala bersolat terawih pada malamnya. Hanya isu calon mendominasi kempen dengan calon BN, Rohaizat Othman diasak isu lesen guamannya dibatalkan Majlis Peguam manakala calon PAS, Mohd Salleh Man juga dikaitkan dakwaan pecah amanah RM600,000 wang peruntukkan kempen di parlimen itu sebelum ini.

PAS dan jentera pembangkang PKR dan DAP turut mempergunakan kenyataan rakan kongsi calon BN itu, Yusri Isahak yang kecewa kerana mendakwa jadi kambing hitam dalam kes pembatalan lesen guaman Rohaizat. Bagaimanapun, Yusri pada dua hari terakhir kempen, tampil menyatakan sokongan terhadap Rohaizat dan menyelar pembangkang kerana menjadikan kenyataan beliau dua hari sebelum itu untuk menyerang Rohaizat

Pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Selamat Mengundi buat pengundi DUN Permatang Pasir. Undilah BN kerana perjuangan kami untuk anda.


8/21/2009

PRK Permatang Pasir - SALAM RAMADHAN, HENTIKAN SERANGAN PERIBADI.

Alhamdulillah, pada esok hari Sabtu, umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Inilah bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam di mana kita akan memberi fokus untuk melipatgandakan pahala masing-masing.

Dan kebetulan pula, hari pengundian bagi PRK Permatang Pasir akan berlangsung di bulan Ramadhan. UMNO Cawangan Gombak Selatan menyeru kesemua warga BN dan parti lawan agar menghentikan sebarang bentuk penyerangan peribadi yang akan memberi impak negatif kepada umat Islam.

Kami amat kecewa dengan sikap segelintir pemimpin Pembangkang menggunakan taktik serang peribadi terhadap calon BN, Rohaizat Othman. Kami berharap segala spekulasi yang ditimbulkan dari pihak lawan akan terus dihentikan dan janganlah menghina, mengutuk dan mencaci kami di bulan yang mulia ini.

Ingat, bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Laksanakanlah kempen dengan penuh berhemah dan tawadhuk. Janganlah mencaci memaki kami di sini. Semoga Allah memberkati usaha dan perjuangan kita untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.


8/19/2009

BERI DERMA PADA YANG MEMERLUKAN - DATO' SHAFEI ABDULLAH

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Abdullah pada malam tadi telah memberi sumbangan kepada Masjid-Masjid dan Surau-Surau di seluruh kawasan Wangsa Maju. Beliau yang juga Setiausaha Politik Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, sumbangan ini adalah satu peransang untuk masyarakat setempat terus mengimarahkan Masjid terutamanya menjelang bulan Ramadhan kelak. Beliau juga menyarankan agar masyarakat sentiasa mengingati dan memberi derma kepada insan yang memerlukan.

Sambutan ini diadakan di Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4 Kuala Lumpur dan kehadiran yang amat memberansangkan memberi inspirasi kepada Jawatankuasa Masjid ini untuk terus berkhidmat di bawah kepimpinan Tuan Hj. Abdull Razak Hj. Alias.

Turut hadir dalam Majlis ini adalah Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad, Jawatankuasa Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan dan Biro Rakan Muda Masjid.