4/18/2009

AURA UMNO WANGSA MAJU KEMBALI - Bersatu Menentang Musuh Parti

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad (kiri) bersama Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah


Pada Jumaat malam Sabtu 17 April 2009, kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan telah menghadiri Majlis Ramah Mesra UMNO Bahagian Wangsa Maju pimpinan Dato' Shafei Abdullah. Majlis ini bertempat di Le Chateau de Puah Restaurant, Kampung Puah, Kuala Lumpur.



Kesimpulan yang dapat dilihat melalui Majlis ini adalah, Aura UMNO Wangsa Maju telah kembali. Rasa gembira melihat kesemua UMNO Cawangan di bawah Bahagian Wangsa Maju hadir ke Majlis ini. Ini menunjukkan bahawa kami UMNO Cawangan - Cawangan menyokong sepenuhnya kepimpinan Dato' Shafei dan barisan Ahli Jawatankuasa. Majlis ini menjadi medan dan platform untuk kita bersatu. Apa yang diharapkan, majlis ini sebagai mukadimah penyatuan kita.


Dalam sessi temubual bersama Dato' Shafei, beliau menyeru UMNO kembali bersatu dan bersama-sama bekerja keras untuk memantapkan parti. Strategi merakyatkan UMNO dan 'Back To The Basic' adalah salah satu strategi terbaik dalam mengembalikan keyakinan masyarakat setempat.

Dato' Shafei mahu kesemua ahli UMNO tidak menyerang sesama sendiri kerana kita ibarat sebuah keluarga yang besar. Segala masalah yang berlaku, hendaklah diselesaikan sebagai sebuah keluarga. Apa yang lebih penting, kita sama-sama menyusun strategi bagi memantapkan parti di samping menjawab segala dakyah dan tuduhan yang dilemparkan dari pihak pembangkang.

"Pemilihan UMNO telahpun berlalu. Apa yang penting kita bersatu bersama-sama menyusun strategi. Inilah matlamat saya membuat Majlis Ramah Mesra sebegini. Saya ingin UMNO Wangsa Maju bersatu sebagai sebuah keluarga. Alhamdulillah, Majlis ini berjaya menyatupadukan kita semua. Marilah kita sama-sama menyerang segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang. Kita perlu bekerja keras bermula dari sekarang. Insyaallah, jika kita bersatu, Parlimen Wangsa Maju akan menjadi milik kita semula pada Pilihanraya ke 13."



Beliau juga menyambut baik perlantikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik dan berharap perlantikan beliau memberi pembaharuan dan transformasi untuk membela masyarakat warga kota.

Beliau juga memuji pendekatan UMNO Cawangan Gombak Selatan dalam memberikan informasi dan menjawab segala isu politik yang telah diserang oleh pihak pembangkang melalui blog.

AURA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU KINI KEMBALI...

BERSATU DAN TERUS BERJUANG....



Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak (tengah) bergambar bersama Ketua UMNO Bahagian W.Maju, Dato' Shafei (kanan). Turut kelihatan, bekas Timb. Ketua UMNO Cawangan, En. Abu Samat (kiri).


Dari kiri : Ketua UMNO Cawangan En. Abd. Razak, Ketua Penerangan UMNO Cawangan (Editor blog) Shamsury Mohd Salleh, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Dato' Shafei dan ADUN Beru.


Ketua UMNO Cawangan bersama dengan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan, En. Karim (berbaju melayu coklat)


Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak (kanan) beramah mesra dengan sahabat beliau, Ketua UMNO Cawangan Kg. Puah Lembah yang lebih dikenali dengan gelaran Abang Den (berbaju putih)


Kesibukan melayan cucu tidak menghalang Ketua Wanita UMNO Cawangan Gombak Selatan, Pn. Endon untuk hadir ke majlis ini.


Ketua Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan, Sdra. Mohd Radzi Omar (tengah) bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Sdra. Mohd Taupik Hussain (kiri) dan wakil Pemuda UMNO Bhg. (kanan).


Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Sdra. Mohd Radzi Omar bergambar bersama En. Razak dan Dato' Shafei.


Ketua Puteri UMNO Cawangan Gombak Selatan, Pn. Zurina Rajab


Ketua Penerangan UMNO Cawangan (Editor Blog), En. Shamsury sempat menemubual Ketua Biro Pendidikan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju mengenai plan strategi pendidikan yang akan dijalankan.


Antara AJK Puteri UMNO Cawangan yang hadir memberi sokongan. Cik Umi Suhana (berdiri) dan Cik Julyana (duduk)


Antara generasi muda hadir memberi sokongan dan menjadi pemangkin kepimpinan UMNO Wangsa Maju di masa hadapan.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HENTIKAN AJELA AURA MANA ADA AUTA ADALA HAMPEH MAT SENTUL KIRIM SALAM KAT SEMUA PEMUDA WANGSA MAJU NOOOOO.

harapanPEMUDA berkata...

Tahniah UMNO Wangsa Maju..

Di bawah kepimpinan Dato' Shafei, insyaallah UMNO Wangsa Maju akan kembali.

Saya adlh ahli pemuda umno w.maju dan secara terus terang saya merupakan pendokong kuat dato' astamam.

tapi, tdk smestinya saya tidak menerima dato shafei. bagi saya, penyatuan adlh paling pnting.

kini bukan msenya lagi utk kita mengikut team kita. team kita hanya 1, umno. jgn lagi kita sibuk berkempen pemilihan umno yg telah berlalu.

sya amat menyokong dengan kepimpinan dato shafei. melihat suasana pemuda umno bhg juga, walaupun pemuda dikatakan telah berpecah 2 di w.maju, namun mlm ramah mesra, saya lihat ianya telah membuktikan bahawa pemuda blh bekerjasama dgn baik.

mereka masih blh beramah mesra dan bergambar serta bergurau sesama mereka. ini membuktikan bahawa pemuda blh bersatu.

alhamdulillah,apa yg dato shafei arapkan insyaallah akan terlaksana. iaitu agar kita bersatu.

kepada ketua penerangan, shamsuri.. saya menyokong usaha anda dlm membuka blog umno cwgn anda. teruskan usaha anda.

biarkan pembangkang menghentam kita.. kita ada strategi yg mantap. yang penting, kita perlu bersatu untuk kuatkan umno. demi agama bangsa dan megara

Pemuda IKS berkata...

Salam Perjuangan,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada UMNO Cawangan Gombak Selatan di atas sokongan yang ditunjukkan kepada laman blog Pemuda IKS. Berharap sokongan ini akan membuatkan Pemuda IKS lebih bersemangat untuk terus memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Adalah amat penting untuk kita mengukuhkan parti keramat ini terutamanya di peringkat akar umbi demi masa depan Malaysia.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

fedup berkata...

Hal rumahtangga orang cheq awat dok sibuk...awat nak ganti mam jarum kaa...eh salah mamu jarum kaa..radio karat bergerak lagi pantas dari berita sebenaq kaa..

depa aura ka auta ka yang penting depa buat kerja dan memastikan ketuanan melayu masih kekal di Wangsa Maju...bukan macam hat tu...asyik...kongsi2 habih kuasa melayu...

UMNO...dulu, kini dan selamanya