4/12/2009

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT - Apa Positif dan Negatifnya?

Sepertimana yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat sebagai satu permulaan untuk membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

Ada yang mengatakan bahawa Kabinet Bayangan ini sedikit sebanyak sebagai persediaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan 16 September? Tak selesai lagi ke isu 16 September? Tahun 2008 telah berlalu. Adakah persediaan 16 September 2009?

Sebenarnya penubuhan jawatankuasa atau Kabinet Bayangan PR ini ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan yang dapat dirumuskan disini adalah setiap Ahli Parlimen yang dilantik melalui jawatankuasa Kabinet Bayangan ini dapat mengkaji dan memberi pandangan bagi memantapkan struktur perlaksanaan strategi-strategi yang diketengahkan oleh pihak kerajaan. Sekurang-kurangnya, Ahli Parlimen Pembangkang buat 'homework'. Tidaklah asyik menghentam dan memaki hamun setiap perlaksanaan strategi kementerian-kementerian sedia ada.

Sebut mengenai menghentam, inilah salah satu keburukannya. Pihak pembangkang akan menggunakan 'portfolio' yang 'dilantik' oleh Ketua Pembangkang ini untuk menghentam setiap cadangan dan perlaksanaan dasar kerajaan. Tidak salah jika menegur tetapi sering kali kita lihat di Parlimen, pihak pembangkang lebih ke arah menghentam tanpa sebarang usul periksa.


Di harap apa yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang mengenai penubuhan jawatankuasa Kabinet Bayangan ini memberi impak positif ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Apa yang diharapkan, kerjasama itu lebih penting. Tidak salah memberikan idea untuk memantapkan struktur kementerian, tetapi bukan dengan cara menghentam atau menghina.

Harap-harap ia bukanlah satu retorik dari Anwar, dan bukanlah satu lagi janji yang hanya tinggal janji seperti idea penubuhan kerajaan PR 16 September.

4 ulasan:

add berkata...

Kalau ye pun nak tubuh kabinet bayangan,, tak kan semua kementerian ambil nama yang kerajaan BN semua.kecuali presiden dan timbalan presiden je yang ubahnya...

bilangan menteri melayu hanya lapan orang je... jadi kalau nak buat keputusan berkaitan orang melayu,, nak ke cina sokong? tapi melayu dajal ni kalau untuk kepentingan cina ,, melayu yang sangat menyokong... hampeh betul la melayu hantu ni,,,

gambar kabinet bayangan ni sepatutnya dihantar kepada majlis raja-raja. supaya raja tahu bila pakatan pembangkang ambil alih kuasa pemerintahan, raja dan sultan akan dihapuskan...

bila dah tubuh kerajaan, maka dengan cukup mudah lik kit siang usulkan undi tidak percaya kepada presiden, maka mengundilah kaum cina dan india termasuk melayu... maka kalahla melayu dan jatuh la anwar bontot,,, maka naik la lim kit siang,,, bila lim kit siang naik jadi presiden,,, maka melayu bukan lagi siang,, terus berada dalam malam setiap masa di dalam negara sendiri....

apakah perancangan umno untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata????

apakah perlu dilaksanaka semula BTN? memainkan semula lagu anak kecil main api? peminpin umno kena fikir benda ni...

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

fedup berkata...

saya setuju dengan pendapat add serta pendapat rahman achong dan muniandy...

kabinet bayangan ini sebenarnya salinan daripada kabinet yang ada sekarang...k'jaan sudah cukup telus dengan perkara yang membabitkan kepentingan rakyat tetapi penafian membabi buta mereka dan seterusnya merekacipta ceritera dan fitnah menipu rakyat tentang k'jaan itu mereka pandai.
apakah mereka cukup tertindas sehingga di beri layanan second class seperti orang melayu di S'pura? kononnya rakyat terpinggir dn k'jaan tidakambil tahu tentang mereka...kalau begitu keluarkan duit ringgit dan harta benda merka bela rakyat yang kau publisiti itu..mungkin..mungkin persepsi kami terhadap korang ada timbangtaranya...
kalau bercakap tentang mereka amat bosan sekali...tolonglah yang di luar sana...apa sebenarnya yang kamu mahu...demi perjuangan yang halalnya kononnya...gadailah maruah bangsa sendiri...

add...saya tambah lirik kamu...terbakar hatinya yang sepi..airmata darah bercampur keringat bumi di pijak milik orang...

hayatilah...

Nazz Abdul Aziz berkata...

Maaf Tok.. cucu tumpang lalu. Teruskan perjuangan anda UMNO Caw. Gombak Selatan!!!