Debat PAS-UMNO seperti dicadangkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih jadi tanda tanya dalam pimpinan parti itu. Apakah ianya dipersetujui pimpinan PAS atau Tok Guru itu hanya nak cari populariti bagi raih undi di Manek Urai?
Persoalan ini timbul kerana Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri tak tahu menahu idea debat itu. Kata, beliau hanya baca laporan media. “Saya akan jumpa dia dapatkan penjelasan sebelum komen,” katanya ketika ditemui di Parlimen, Isnin.
Naib Presiden parti, Salahuddin Ayob pula mengakui, idea Tok Guru itu tidak dibincangkan di peringkat AJK PAS Pusat. Beliau melihat cabaran Nik Aziz itu atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelatan.
Bagaimanapun, beliau menyokong diadakan debat terbuka berbanding dialog yang dicadangkan sesetengah pihak.
“Perdebatan ini juga untuk cari penyelesaian. Perkataan debat ini tak seharusnya dijadikan konotasi yang tak baik, jadi ketegangan dan sebagainya,” katanya.
Apa yang lebih menarik, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju dekat, Wakil Rakyat PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin berkata, dialog adalah cara terbaik selesai soal Islam UMNO ataupun PAS.
“Dalam debat kita tak boleh kawal..ada isu Islam..ada isu kaum. Lebih sesuai diadakan dialog,” katanya kepada Agendadaily di lobi Parlimen.
Zulkifli turut bertanya, tujuan debat itu untuk apa? “Kalau nak cari populariti, debatlah. Tapi kalau nak selesai masalah, dialoglah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kenyataan Nik Aziz yang agak keterlaluan termasuk menyamakan parti UMNO dengan komunis dan ajaran sesat disebabkan Menteri Besar Kelantan itu ada pengalaman pahit dengan UMNO.
Beliau turut mencadangkan dialog itu dibuat berkumpulan bukan setakat Nik Aziz dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
Selain itu katanya, perlu ada moderator yang arif hal agama dan perihal umat Islam mengendalikan dialog berkenaan.
Sementara itu Bernama melaporkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Islam lebih mengutamakan proses muzakarah atau perbincangan berbanding mujadalah atau berdebat dalam soal perpaduan Ummah.
Beliau berkata Islam juga tidak menolak perdebatan untuk berhujah dan berdepan dengan individu atau kumpulan bukan Islam, khususnya dalam soal berkaitan akidah sepertimana ketika Nabi Musa berhadapan dengan Firaun.
"Dalam Islam lebih baik muzakarah (dalam soal perpaduan Ummah). Lebih baik duduk semeja dan berunding daripada berdebat," kata mufti itu.
"Debat itu wajar kalau hendak hujah dengan bukan Islam contohnya tentang akidah tapi ini untuk mencari jalan kepada perpaduan (sesama Islam)... Jadi lebih baik utamakan muzakarah," kata Harussani.
"Kalau hendak bincang soal polisi bolehlah berdebat tapi ini untuk mencari jalan dalam soal perpaduan," kata Harussani.
Bagi pensyarah media dan komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kedua-dua proses muzakarah dan perdebatan adalah penting untuk mencari titik pertemuan dalam sebarang perkara.
"Ianya ibarat dua keretapi berhenti di stesen yang sama," kata Abu Hassan.
Katanya, ia perlu dilihat sebagai proses bersekutu dan bukannya berseteru.
"Tamadun juga dibina atas dua proses ini (perbincangan dan perdebatan). Malah di Parlimen juga berasaskan kepada dua proses ini yang saling melengkapi," kata Abu Hassan.
Namun pensyarah media itu berkata proses itu hanya akan berjaya, jika kedua-dua pihak benar-benar ikhlas untuk mencari titik pertemuan dalam soal perpaduan itu.
Soalnya sejauhmana pihak terbabit terutama PAS melihat kepada kepentingan perpaduan Melayu ini, katanya.

1 ulasan:
SALAM PERJUANGAN UCGS..SEPERTI YG KITA MAKLUM USUL PERDEBATAN YG DI CANANGKAN OLEH TGNA MENDAPAT PELBAGAI REAKSI DI KALANGAN PRO KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG SENDIRI. IANYA LEBIH KPD GIMIK MENJELANG PILIHANRAYA MANIK URAI.
RAMAI YG TAK BERSETUJU DGN CADANGAN NIK AZIZ. BAHKAN ADE JUGA PEMBANGKANG YG TERANG2 MENOLAK UTK DI ADAKAN PERDEBATAN TERBUKA. NIK AZIZ TERPAKSA BERBUAT BEGITU UNTUK MENUTUP KEKECEWAAN KELMARIN KERANA KEPERIBADIANNYA 'BERSIH' YG SELAMA INI DI AGUNG2KAN OLEH PENYOKONG2 BELIAU TELAH TERCALAR TERUK AKIBAT PERMAINAN POLITIK SENDIRI.
SEPERTI YG DINYATAKAN AWL TD, IANYA TIDAK LEBIH DARI GIMIK POLITIK ORG2 TERDESAK SEPERTI BELIAU. SECARA ZAHIR NIK AZIZ TAHU DEBAT AKAN MENAMBAHKAN LG SENGSARA ORG2 MELAYU. TP DEMI KEPENTINGAN POLITIK BELIAU X HIRAUKAN ITU SEMUA.
WAKIL PKR YB ZULKIFLI NORDIN JUGA TIDAK SEPENDAPAT DGN NIK AZIZ. DEBAT HANYA AKAN MENAMBAH PARAH KEDUDUKAN ORG MELAYU SECARA TOTAL. ADALAH LEBIH BAIK JIKA MUZAKARAH DI HIDUPKAN SEMULA DEMI UTK KESEJAHTERAAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI
Catat Ulasan