6/10/2009

KERAJAAN PERPADUAN - LIM GUAN ENG SURUH USTAZ HADI JAWAB DENGAN TUHAN

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng idak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati beliau terhadap isu kerajaan perpaduan yang menjadi bualan hangat sekarang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu berhadapan dengan Tuhan bagi menjawab segala persoalan mengenai idea Kerajaan Perpaduan yang mahu dibentuk.

Wow, nampaknya PAS kenalah dengar nasihat Lim Guan Eng. Kena berhadapan dengan Tuhan.... Pandainya Saudara Lim Guan Eng nasihat Ustaz Hadi. Nak bentuk perpaduan pun salah kan? Entahlah, terpulang kepada pembaca untuk menilai apa yang Saudara Lim keutarakan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN mana boleh dipercayai. Pakar dalam permainan perkauman, perampas dan tikam belakang kawan. Buat kacau pun pandai macam si toyol dan anak menantu orang tu.....

Ct berkata...

UMNO/BN mana blh dipercayai? Kalau tak blh dipercayai, bagaimana Ustaz Hadi Awang terpikir mahu tubuhkan kerajaan perpaduan?

Ini bermakna Presiden PAS memang tak nafikan keperluan utk PAS dan UMNO bersama2 membangunkan ngra.

'Tanpa Nama' ni mesti penyokong kuat Anwar.. Anwar lah sbnrnye yg set mind msykt Msia tuk benci UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimanapun, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan itu dan meminta Abdul Hadi memberikan penjelasan mengenainya.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, DAP dan PKR tentunya tidak bersetuju dengan saranan Hadi kerana ia membawa kepada satu kerjasama antara PAS dan Umno.

"DAP dan PKR paling takut jika PAS tinggalkan mereka kerana undi Melayu PAS yang banyak membantu mereka untuk menang dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Petikan dari media kawalan UMNO/BN. Bukankah petikan itu mahu mengeruhkan kesetiakawan dalam Pakatan Rakyat (buat kacau la tu).

Kepada saudara "Ct".... saya sebenarnya tidak menyokong kepada mana2 pihak. Saya akan memihak kepada pihak yang benar dan menjaga hak rakyat baik BN atau PR. Tapi apa yang berlaku di Perak dan berita2 dalam media kawalan UMNO/BN terlalu memihak kepada UMNO/BN sehingga membuat saya rasa UMNO/BN tidak boleh dipercayai. Kenapa semua perkara yang dilakukan oleh BN boleh dan perkara yang dilakukan oleh PR tidak boleh...

anne berkata...

Kalau PAS inginkan Kerajaan Perpaduan tak mengapa sebab selepas itu pimpinan PAS bolehlah dilantik Menteri Perpaduan!

Ini sandiwara politik dan mainan politik samada UMNO/BN ataupun PAS. Jangan mara jika tema Hari Kebangsaan Tahun 2009 - KeranaMu - Kerajaan Perpaduan.Maka Tn Guru Hadi dan Ustaz Nasha bolehlah dijemput duduk di kerusi VVIP depan Dataran Merdeka ketika menyambut detik malam MERDEKA. Ada nyanyian asli, kebangsaan, tarian, rockers, muda mudi bergumbira dan pelbagai keindahan dunia yang disinari cahaya bunga api. Mesti 'happening'minyak dan air dapat bercampur supaya rakyat dapat menilai yang mana kaca dan yang mana intan.

pakcik berkata...

bila PAS kata nak bekerjasama dengan DAP..Lim kata ..thank god..thank PAS..

bila nak bekerjasama dengan UMNO..lim kata oh my god..what the hell..u've answer to god ..oh my bloody PAS..

set-set PKR kata, hurray..hurray..(tanpa hala tuju)

Dr Azman berkata...

Asalamualaikum saudara,

Saya hairan bagaimana PAS dan ahli PKR melayu di Penang boleh mengiktiraf Guan Eng sebagai seorang yang nakkan Islam sedangkan sudah terang lagi bersuluh kenytaan Guan Eng menghina Islam termasuk dengan penganjuran program yang menghina kesucian Islam

fedup berkata...

Aiikk..mulut busuk tol takdak nama..alloo...UMNO/BN pakar perkauman..kao gie nengok Bang Nuar kao punyer ceramah..kalu ngan kaum cina lain cakap kalu ngan india lain cakap..sape dok bakaq pasi perkauman..kalu UMNO/BN yang dok main isu perkauman..mike2 sume dah lama hanyut ke tengah laut jadi lauk jerung tau tak..

ini fakta beb..artikel tak macam artikel kowg..berbaur fitnah menipu dan membodohkan rakyat..tulis tanpa fakta..ini sudah keluar dalam blog lain dan juga berita..blog pembangkang dan penyokong..yang kao iye2 gie tahan si guan eng tu apahal..

kalu si DAP buat salah adakah hadi ngan bang nuar kaowg tu suruh dia jawab ngan tuhan dia..kut iya pon tuhan yang mana satu..dia banyak tuhan..oohhh..sori..ustaz nga dia cakap jawab dengan bang nuar jer..bodoh!..

fedup berkata...

TApi takdak nama apa yang Pr takleh buat..apa yang di kawal ketatnya sehingga mereka hendak bernafas pun tidak boleh..apa..apa..kalau mereka yang meneraju k'jaan sekarang..adakah mereka juga akan bertindak seperti apa yang ada ini..malah saya boleh jamin lebih dari ini..melihat dari pola politik mereka cukup..saya akuiada yang k'jaan kawl dan lakukan adakalanya menyinggung semua tetapi untuk memastikan tampuk pemerintahan itu kukuh, keputusan sebegini kena buat..semacam bang nuar memaksa ahli YB dan ADUN PR sain surat auku janji mereka..jadi ianya memang satu mainan politik..yang menjadi persoalan sekarang kenapa bila isu2 yang di keluarkan oleh PR UMNO/BN tak boleh sentuh..kalau PR dengan PAS dan sekutunya boleh buat roadshoe..mencemuh menfitnah malah menokok tambah fakta yang di ceduk dari pun tak tahu..masih lagi di beri kebebasan bersuara..apa salahnya di pihak penyokong ini seperti UCGS ini memberitahu akan isu2 yang berlandaskan fakta..kalau tak boleh menerima ini semua jangan berpolitik..saya agak terkilan bila takdaknama ini tidak memihak mana2 parti (termasuk parti tupperware)..tapi tulisannya berbaur pembangkang..kalau tiada pendirian mana kao nak duduk..baik duduk diam2 berdoa agar Malaysia ini aman makmur di bawah pemerintahan yang dan ada dan juga di bawah junjungan Seri Paduka..