Nampaknya kontroversi Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tentangan hebat dari calon Timbalan Presiden PAS yang kalah dalam pemilihan parti PAS semalam, iaitu Husam Musa.
Walaupun telah tewas, Husam masih lagi bongkak bersuara bertentangan dengan suara Presiden beliau. Alasan yang diberikan Husam Musa adalah PAS tidak akan menjadi dominan dalam Pakatan Kerajaan Perpaduan, malah tidak akan mendapat kerusi yang lebih dari UMNO. Persoalannya, adakah PAS parti dominan dalam Pakatan Rakyat?
Alasan yang diberikan oleh Husam Musa membuktikan bahawa beliau sebenarnya lebih mementingkan jawatan dari memupuk semangat perpaduan. Malah kekalahan beliau dalam pemilihan parti ini juga ditafsirkan beliau sebagai unsur-unsur berat sebelah. Apakah semua ini wahai Husam Musa?
Bagi UMNO Cawangan Gombak Selatan, cadangan Kerajaan Perpaduan sewajarnya dipandang dari sudut positif. Mengenai parti mana yang dominan, itu bukan persoalannya, kerana parti yang mendapat majoriti di Parlimen sewajarnya memimpin Kerajaan Persekutuan. Dalam Pakatan Rakyat sekalipun, PAS mendapat minoriti dalam kedudukan kerusi Parlimen. Oleh itu, Husam Musa tidak perlu persoal perkara ini. Sedangkan perwakilan PAS sendiri telah menolak kamu dari jawatan Timbalan Presiden, apatah lagi di luar parti kamu sendiri?
Semangat perpaduan amat penting. Jangan sesekali kita menafikannya. Ustaz Hadi telah memberi maklum balas positif dalam hal ini. Cuma kadang kala teragak-agak bersuara dikhuatiri ianya disalahertikan oleh sebilangan kumpulan yang ekstrim membenci UMNO diketuai oleh beberapa pemimpin PAS, PKR dan DAP. Atau ianya telah disabotaj?
PAS sewajarnya menyatakan pendirian yang mewakili parti anda. Jangan sesekali membuat rakyat keliru dengan pendirian ini. UMNO bersikap terbuka. Kita menerima sesiapa sahaja untuk bekerjasama atas tiket perpaduan tetapi janganlah menggunakannya untuk kepentingan peribadi seperti Anwar Ibrahim.

1 ulasan:
Nak dengar cakap Presiden kowg ker atau dengar cakap yang kalah teruk dimalukan oleh perwakilan kowg dan tak tahu malu..selalu kowg cakap patuh pada pemimpin..sekarang pemimpin korang cakap perdamaian, perpaduan..patuhlah pada arahannya!..oppss sorry..rules are made to be broken..I forgot..
Catat Ulasan