6/02/2009

PAS AMAL PENDEKATAN ISLAM KASAR DAN GOPOH - ANWAR IBRAHIM 1995

Suatu ketika dahulu semasa Anwar Ibrahim menyanjung UMNO sebagai wadah perjuangan, inilah komen yang beliau berikan pada 11hb April 1995 di PWTC dalam Taklimat Khas kepada petugas-petugas PWTC : -

“Saya tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti itu mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh. Fahaman dan amalan sesetengah tokoh utama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu”.


“Saya tidak sanggup melihat bagaimana sebuah parti Islam menilai kebolehan pemimpin mereka berdasarkan sejauh mana sesaorang itu boleh mengkafirkan saudara sesama Islam. Saya memilih memperjuangkan Islam menerusi UMNO dan bertanding dalam pilihanraya tahun 1982. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan PAS boleh menjatuhkan kesucian agama”.

Siapa yang amal pendekatan yang kasar sekarang? Siapa yang gopoh? Empunya badan sendiri. Cakap tak serupa bikin. Tak ada pendirian sebenar. Bertukar-tukar demi kepentingan diri sendiri sebenarnya.

PAS, sedarlah bahawa Anwar Ibrahim hanya mempergunakan anda untuk menguatkan jentera dan cita-cita beliau.

Inilah Anwar Ibrahim....


12 ulasan:

SenyumSempoi berkata...

PAS sesuai duduk di bawah DAP dan PKR. Dengan Kit Siang dan Karpal Nik Aziz nampak amat serasi. Tak ada yang buruk, semua baik.

mareesta berkata...

dulu lain sekarang lain,
dulu orang lain termasuk pemimpin-pemimpin umno tak memahami perjuangan pas sebab takut periuk nasi hangus.
sekaqraqng kesedaran islam telah membukakan hati dan keimanan mereka.

Tanpa Nama berkata...

PAS ok bersama DAP... DAP sekarang hormat Islam setelah menegenali PAS, UMNO sepatutnya 50 tahun dulu dah menunjuk Islam yang sempurna, bukan yang setakat takat demi Agama(mulut), Bangsa(bahu) dan Negara(perut).

p.s: Saya penyokong BN tetapi UMNO membuat saya terluka.

six berkata...

ini adalah kerana perjuangan UMNO sudah tidak relevan... perjuangan DSAI tetap disanjung tinggi!

Anak Wangsa Maju berkata...

Dulu lain sekarang lain..

Dulu Hudud asas pegangan PAS..
Skrg Anwar masuk tak payah Hudud pun xpe.. janji duit masuk..

Dulu PAS kata tak de kompromi dengan DAP..

Skrg da menang, bukan main siap ckp kita saudara...

Dulu PAS kata Anwar Al Juburi (Mat Sabu)

Skrg Juburi Juburi lah.. asal jadi PM, bg aku jawatan...

SHILA berkata...

PAS pun da berubah dek krn Anwar...

Mane cite hudud korg... canang 1 Malaya dl kate UMNO Sekular..

Abis tu, Selangor, Kedah dan Penang tu Negeri Islam ke.. Kalo Kelantan Serambi Mekah, 3 negeri ini serambi ape korg nak letak..? Poyo...

Pegi la ikut Si Anwar tu.. da kne dgn dia... meraung.. br nyesal..

Ct berkata...

Anwar mmg cmtu.. Pndirian berubah2...

Nak Islamkan UMNO.. last2... menari kt genting..

skrg ajar menari kt ijok lak...

blh masuk sehati berdansa ni...

Sinama berkata...

PAS skrg da kaya.. xingat dunia da..

dulu tuduh UMNO ni golongan org2 kaya je..

skrg.. Anwar sokong dorg... bukan main bergaya.. xpandang keta proton da.. main mercedes.. toyota... bmw...

Suda la.. mane Huduf korg..

Shah berkata...

PAS da buta mata dan hati...

Dorg pikir skrg ni Anwar nk jadi PM.. Blh la dpt 5 6 jawatan kabinet..
Terutamanye team Erdogan... Mmg nmpk sgt da..

Perjuangan Telus kemende... Hudud lps gitu je bile join Pakatan Rakyat..

Sudah la team2 anwar ni.. satu satu kuar parti serik ngan anwar

tandangseri berkata...

PAS merasakan dia lebih Islam daripada UMNO, sedangkan umat Islam di dlm UMNO juga beriman kepada Allah. Penganut DAP tidak berpegang kepada akidah Islam, tetapi mendapat sanjungan PAS. PAS jadikan Islam untuk partinya saja, sedangkan Islam untuk semua termasuk UMNO.

SILA BERTANDANG KE "tandangseri.blogspot.com"

Di laman blog ini terdapat kupasan yang simplistik mengenai PAS dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sila layari tandangseri.blogspot.com. Terdapat kupasan menarik mengenai PAS dan UMNO.

fedup berkata...

amboi Yik Yang..relevan DSAI kao tu..relevan kat kowg..pigidah..cakap tak serupa bikin inilah dia PKR..aku nak nengok kao punye kapla nolong rakyat yang cakap di zalimi oleh BN tu..pemimpin kowg n konco2nyer bertambah kaya tau..kowg kat mana..inilah..mulut celupar tak tahu malu diri di untung..

cakap owg label owg macam2..tapi diri dia sendiri lidah bercabang..

UCGS..keluarkan lagi ingatan2 seperti ini..biar diowg yg lupa dan bengap tu..boleh baca..kut gheti membaca..