7/08/2009

Nik Aziz Samakan UMNO Dengan Ajaran Ayah Pin dan Al Arqam - BAGAIMANA PULA DENGAN AHLI DAP SEPERTI TUNKU AZIZ?

Semalam, dalam sesi ceramah kempen Pilihanraya kecil Manek Urai anjuran PAS, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz telah membandingkan UMNO dengan ajaran Ayah Pin dan Al-Arqam.

Macam biasalah, cakap UMNO ni tolak Islam dan pilih Kebangsaan. UMNO dikatakan menolak Islam bulat-bulat. Masya Allah. Kenapa lah dengan Tok Guru PAS ni. Kalaulah ye pun nak berkempen, janganlah sehingga menghina UMNO sebegitu rupa.

Nik Aziz, kita sama-sama solat mengadap kiblat yang sama. Kita bersaudara sesama Islam. Kenapa Nik Aziz begitu taksub nak PAS menang sampai pengaruhi orang-orang kamu dengan mengatakan UMNO parti Ajaran Sesat? Nik Aziz, Tuhan kami adalah Allah. Nabi Muhammad saw adalah kekasih Allah dan pegangan Islam kami adalah Rukun Islam dan Rukun Iman. Itu ajaran sesat ke?

Bagaimana pula dengan ahli DAP yang berbangsa Melayu? Mereka tak sesat ke? Tunku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang baru sahaja dilantik sebagai Senator, dia tak sesat ke? Syed Husin Ali pula bagaimana? Seorang pejuang sosialis.. Tak sesat ke?

Nik Aziz, berapa ramai sahabat kamu dari DAP dan PKR yang berjuang dalam sebuah parti yang tidak mengambil kita Islam sebagai salah satu perjuangan. Adakah mereka lebih Islam dari UMNO..? Nik Aziz, Nik Aziz...

Sahabat kamu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) pimpinan Dr. Nasir, mereka tidak sesat ke? Terang-terang berideologi sosialis. Mat Sabu siap hadir merasmikan parti ini. Tak pula dikata sebagai parti ajaran sesat. Siap sokong lagi.

Salahkah kami memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara? Salah? Tak seperti PAS bangga dan bongkak kata mereka sahaja yang perjuangkan Islam. Sanggup mati demi Islam. Bila DAP melenting sikit, kecut perut.

Nasib baik majoriti orang Kelantan dari kalangan Melayu. Di Selangor, apa perubahan yang PAS lakukan yang membezakan dengan UMNO semasa pegang Selangor dahulu? Penang? Kedah? Apa bezanya? Laksana Hukum Hudud? Jangan haraplah selagi kamu bersama DAP, jangan kata dapat laksana Hudud, cakap pasal Hukum Islam sikit DAP sudah meluat.

Inilah strategi kotor yang diamalkan PAS. Menghina UMNO yang perjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Cakap kita ini sesat.. Tapi mereka lupa, mereka sedang bekerjasama dengan orang-orang yang tidak suka akan perjuangan Islam.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum.
Saya rasa kamu hanya mendengar separuh sahaja dari ceramah Tok Guru. Sama seperti yang terjadi beberapa tahun lepas yang mana UMNO mengatakan bahawa Tok Guru telah memberitahu bahawa Allah iti samseng. Astghfirullah hal Azim.....
Tp yang diperkatakan sebenar oleh Tok Guru dalah bermaksudkan lain daripada yang diperkatakan oleh UMNO. Al-Jabbal kan bermaksud samseng dan ada dalam 99 namaa Allah itu.

Ct berkata...

Masalahnya Malaysiakini,media kebanggaan Pembangkang yang menyiarkan artikel sebegini.. Kamu tak percaya pada media keagungan pembangkang, Malaysiakini ke?

Ini yang diperkatakan Tok Guru kamu semasa sesi ceramah semalam...

Sumber pun dari media yang dikatakan pemimpin pembangkang sebagai adil dan telus, Malaysiakini.

Saya tahu 'tanpa nama' tak dapat menerima kenyataan Tok Guru mereka.. Apa yang lebih penting, jawab dl persoalan UCGS, Tunku Aziz dan ahli DAP berbangsa Melayu tu tak sesat ke?

Tanpa Nama berkata...

Kesian Pecacai Pembela Amoi Sundal ni. Hidup2 dah disesatkan oleh Tok2 Guru Pendukung Ajaran Syaitan. Opss... lupa lak. Dia orang kan dijamin syurga. Tu pasal perangai mengalahkan setan pun tak kisah. biarkan.. biarkan..

Tanpa Nama berkata...

pertanyaan ini adalah untuk tg nik aziz. melalui blog ni sure tak sampai mesej kat dia. masa bila dia nak baca? akhirnya jawablah sendiri. semua sudah besar, boleh fikir-fikir. mana yang penting, ada dalam senarai majlis fatwa kebangsaan atau kata-kata tg nik aziz?

fedup berkata...

tanpa nama 20:03

tolong jawab soalan UCGS nie..sesat tak Tunku Aziz n ahli yang melayu dalam DAP..jawab! jawab! jangan nak beralasan..

asik nak tegak benang basah saja..

Tanpa Nama berkata...

mcm ni la kalu pemimpin wanita UMNO sendiri tudung pun x pakai kalau pakai pun ala kadar je..termasuklah isteri pemimpin tertinggi UMNO.. macm mane UMNO boleh kata die mengakkan ISLAM..ini point paling senang..cuba ulas