Sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun PAS, belum ada yang berani cakap peluang calon masing-masing menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai. Walaupun kedua-dua parti umum senarai calon lebih awal dengan harapan mereka akan dikenali dan didekati pengundi tetapi sehingga petang Ahad, pengundi yang akan memilih wakil rakyat pada 14 Julai depan belum tunjuk ‘signal’ –siapa pilihan mereka.
Beberapa pemimpin UMNO dan jentera BN yang sudah berkampung di Manek Urai sejak dua minggu lalu tidak dapat memberi gambaran jelas apakah peluang BN berdepan PAS di kubu kuat parti itu. Cuma desas desus kononnya ada perpecahan peringkat dalaman PAS dalam soal menentukan calon, sedikit sebanyak diharap dapat membantu BN.
Walaupun golongan ini tidak memberi undi kepada calon BN tetapi ura-ura mereka tidak akan keluar mengundi sebagai protes, jika benar boleh mengurangkan undi PAS. Selain faktor itu, sebilangan pengundi yang sebelum ini dikatakan penyokong kuat PAS masih menunggu dan melihat perkembangan dalam parti itu terutama sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mereka anggap semakin keterlaluan menghina orang Melayu kebelakangan ini.
Sungguh PKR dan DAP turut membantu calon PAS, ianya tidak memberi banyak kesan atau kelebihan kepada PAS. Namun yang pasti, pilihan raya kecil ekoran kematian wakil rakyat PAS, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu hanya menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS, Fauzi Abdullah.
Berdasarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) hanya dua borang pencalonan dikeluarkan bagi pilihanraya kecil ini dengan penamaan calon ditetapkan Isnin. Ini beerti tiada calon Bebas akan akan bertanding seperti dalam pilihan raya kecil lain sebelum ini.
Proses penamaan calon akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra 1, di bandar Kuala Krai. SPR dan pihak keselamatan sudah menyiapkan kawalan bagi memastikan proses berkenaan lancar termasuk memisahkan penyokong kedua-dua parti yang akan mengiringi calon masing-masing.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengetuai perarakan calon BN ke pusat penamaan manakala Nik Aziz pula di pihak PAS. Apapun, perang pilihanraya kecil baru bermula Isnin bagi 12,293 pengundi Manek Urai membuat keputusan.
Pada pilihan raya umum lalu, Ismail menang majoriti 1,352 undi.
1 ulasan:
SALAM PERJUANGAN USCG..KEMPEN SUDAH PUN BERMULA. PELUANG KEDUA2 BELAH PIHAK MASIH SEIMBANG DAN PERCATURAN STRATEGI AKAN DAPAT DI LIHAT DLM BEBERAPA HARI LG. BAGI UMNO YANG TURUN SEBAGAI UNDERDOG HARUSLAH BERANI KE CERUK2 KUBU KUAT PAS SERTA MELIPATGANDAKAN CERMAH SECARA AGRESIF DAN MENGENALI PERMSLHAN PENGUNDI SETEMPAT DGN LEBIH PRIHATIN.
BN TAK PERLU MENGGUNAKAN PENDEKATAN YANG KETERLALUAN KERANA PENGUNDI M.U AKAN MENGUNDI CALON2 YG TAHU APA YG MEREKA MAHU. JUSTERU ITU BN HARUS MENUMPUKAN STRATEGI MENDEKATKAN RAKYAT TERUTAMA GOLONGAN MUDA YG MENJADI TUNGGAK PENDUDUK M.U SECARA KESELURUHANNYA..WALLAHUALAM
Catat Ulasan