7/28/2009

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO - NIK AZIZ, KENAPA DENGAN KAMU?

Kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang membuat kenyataan "Pergi Jahanam dengan UMNO" amat mengecewakan ramai pihak. Sikap kurang sopan ini akan memberi kesan kepada perpaduan Negara terutamanya melibatkan perpaduan Islam dan Melayu.

Penjelasan Nik Aziz juga agak mengarut apabila beliau menyatakan pendirian bahawa kerjasama ini hanya melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat. Bukankah Kerajaan Pusat diwakili BN? Bukankah Perdana Menteri Malaysia adalah Presiden UMNO? Apa bezanya? Anda menawarkan kerjasama, kemudian dikata kita Jahanam pula. Apa semua ini?

Jangan begitu angkuh, bongkak dengan kata-kata kesat kamu wahai Datuk Nik Aziz. Kenyataan beliau seolah-olah beliau tidak berfikir sebelum membuat sebarang keputusan. Atau beliau juga gentar kerana DAP sudah mempersoalkan kerjasama yang dimaksudkan beliau.

Inilah realiti PAS. Tidak pernah bersyukur dan bangga dengan kerjasama kamu dengan parti yang menyumpah Kerajaan Islam, DAP. Kepada pembaca, tepuk dada, tanya hati...


7 ulasan:

Pro Raja Nong Chik berkata...

Tak payahlah kita terhegeh-hegeh sebenarnya. Rakyat mahu performance, kerja-kerja grassroots dan bantuan ikhlas. Mari kita tingkatkan kerja masyarakat dan kerja parti, tak payah layan sgt permainan politik. Buang masa.

http://prorajanongchik.blogspot.com

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

salam ziarah
tman tgk sejak si nik ajih kelepot menopose nih bkawan dgn DAP dia jadi makin tak ketahuan.angkuh dan sombong riak nya keterlaluan.mungkin ini tanda2 dia nak padam ytak lama lagi.kasi fatihah je kat dia.

Afdzal Mokhtar berkata...

salam bro..

nik aziz dan pemimpin pas yg lain x tetap pendiriannya..suke flip flop...hehhe

Tanpa Nama berkata...

IrsaraniPedulikanlah Nik Aziz. Cakapnya hipokrit.  Kalau budak-budak sekolah dengar percakapan Tok Guru memaki-hamun orang, budak sekolah pun akan terperanjat.  Di sekolah cikgu sains, cikgu sivik, cikgu PJ, ustaz/ ustazah yang ajar ugama, cikgu sejarah.. semuanya ajar pelajarnya berbudi bahasa, jangan maki hamun orang. Bandingkan perangai Nik Aziz dengan budak sekolah, Niik Aziz memang tak ada class langsung. Memalukan dengan budak sekolah. Budak tadika pun tahu berbudi bahasa. 

eMNo

TokAyah berkata...

Tak perlu layan orang tua ni. Kalau dilihat orang tua ni 3-4 tahun lalu nampak ada rasional dan tak dinafikan saya juga terpanggil menyebut dia Tok Guru..... Kalau dia menang di Kelantan pun tak apalah sudah adat orang melayu ni hormat dan pantang melawan Tok Guru. Tapi sejak kebelakangan ni.. sifat dia ni banyak sangat berubah dan tak nampak macam Tok Guru. Ini mungkin buang tebiat kata orang kampung aku.......

Tanpa Nama berkata...

tak usah susah2 nak layan org tua ni...dia dah nyanyok tahap gaban tu...itu yg merapu je tu...

fedup berkata...

Dlm Al - Quran pon telah di tulis bila umur kita dah lanjut kita akan kembali seperti budak2..

lantak dia ler..kite berdoa kalau panjang umur murah rezeki kite jgn jadi macam dia sudah..

yang menjadi keutamaan kita sekarang rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan..

wayang apa diorang nak main tu hak depa ler..