12/30/2009

KELANTAN SERAMBI MEKAH? - KES KHALWAT TERTINGGI BULAN INI !!!

Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka. Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi. Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan? Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah? Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain. Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya. Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan? Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini. Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu. Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin. Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu. Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan. PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

Sebelum ini dok canang satu dunia kata Kelantan Negeri yang melaksanakan dasar Islam terbaik sampai dikutuk, dihina Negeri BN yang lain. Sekarang, apa cerita Tok Guru? Jangan pula nak salahkan BN juga dalam hal ni, sudah lar...


5 ulasan:

matrengganu berkata...

Itu angka yang kena tangkap, tak termasuk yang tak tertangkap ! Rasa2nya ramai lagi tu ... selamba jer buat muka alim !Tahun 2010 boleh isytihar nama baru..

KELANTAN DARUL KAHLWAT

Tanpa Nama berkata...

Ish ish ish......Entahlah. Aku rakyat kelantan, dah nampak lam dah benda ini. Tapi aku sorang je tak X pas tak jadi juga. Yg lain itu dah buta mata hati dan bengong dah, entah kena tsunami apa ntah, aku pun tak reti, BALA KUT, SBB MULUT..........

No to NAjis berkata...

kesimpulannya..
NAJis dan PAS ni.. sembang je lebih!!! haprak sangat2.. dh la woi,, resign lg bagus dr mengarut2..

jantan berkata...

Ada tak pemimpin pas yang meraba punngung perempuan seperti pemimpin umno yang dah jadi duta kat Amerika tu? he he he

fedup berkata...

salam USGS..

raba ka x raba ka suma suda tau..ini apahal la serambi mekah kononnya ada byk lak citer cam nih..issh isshh isshhh..mende la kowg..kut ya pon bermoral la sikit..nak ajar owg tapi anak buah sendiri x terajar..kelakaunya..tuh hal pemuda pas tuh yg patut mufarakah ngan bini no 2 dia tuh..nape lak x gie setelkan..sudah la kowg..