4/27/2010

INDIA KINI SEDAR ANWAR PENIPU - ANWARI MAINKAN CINA PULA!!

Ramai yang ingin tahu bagaimana Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor melalui calonnya P. Kamalanathan yang dimenangi dengan majoriti 1,725 undi.

Sejak kematian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad 25 Mac lalu, parti itu berkeyakinan terus akan mengekalkan kerusi itu walau siapapun yang diletakkan sebagai calonnya.

Hanya ada dua sebab utama bagaimana BN berjaya menumpaskan PKR terutamanya Anwar Ibrahim dalam pertandingan dua penjuru tersebut iaitu strategi BN mengena dan Anwar Ibrahim tersilap congak. Faktor beberapa orang pemimpin PKR meninggalkan parti itu menjadi bonus kepada kejayaan BN.

Kesilapan paling utama bagi PKR ialah terlalu fokus kepada pengundi Cina yang kononnya menjanjikan sokongan melebihi 90 peratus kepada pembangkang. Lantaran itu, PKR menyerahkan tugas dan tanggungjawab menjaga pengundi Cina kepada ‘tycoon’ pengusaha pasir dan pelbagai pengusaha lain manakala pemimpin PKR cuba menambat hati pengundi Melayu di kawasan Felda khususnya dalam DUN Hulu Bernam.

Para peneroka ini sebenarnya adalah penyokong kuat dan pengundi tegar BN sejak sekian lama lagi, khususnya semasa Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Ketua UMNO bahagian Hulu Selangor.
Jika pada pilihanraya umum 2008, PKR meraih 63 peratus undi Cina bermakna BN hanya mendapat 37 peratus, kali ini pihak pembangkang dijanjikan lebih daripada 90 peratus tetapi janji ini tidak menjadi kenyataan.

MCA dan Gerakan dalam masa yang sama gagal menambat hati pengundi Cina.Ini jelas sangat dengan semua peti undi berada dalam keadaan gelap iaitu BN tewas. MCA sewajarnya mengambil kira perkara ini.

Pengundi India nampaknya kini telah bangkit memberi sokongan penuh pada BN semula. Jika kita ingat pada PRU 12 Anwar Ibrahim membangkitkan rasa benci mereka kepada BN kerana dikatakan mengabaikan kaum ini. Anwar dengan lagaknya menggelarkan diri dia sebagai pemimpin Makkal Sakhti dan berjanji akan membela nasib India, Cina mahupun Melayu di negara ini.

Tapi nampaknya kaum India telah sedar telah terperdaya dengan Sang Anwar ini. Kg. Buah Pala menjadi saksi kekejaman pemerintahan Pembangkang. Anwar sendiri yang menjanjikan bahawa kampung ini akan terbela. Namun, ianya ranap.

Kaum Cina wajar menyedari hakikat ini bahawa mereka kini sedang menjadi bahan politik Pembangkang pula. Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim akan menggunakan Cina pula sebagai peraih undi setelah gagal meyakinkan sebahagian kaum Melayu dan India.

Pengundi Cina mesti akui bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberi kemajuan kepada semua kaum. Pembangkang pimpinan Anwar hanya pandai bercakap dan berjanji, namun semua itu hanya helah untuk mencapai cita-cita beliau.

Ingatlah Pengundi CINA, ANDA AKAN TERUS MENJADI BAHAN MAINAN POLITIK PEMBANGKANG. JIKA ANDA TERUS MENYOKONG PAKATAN RAPUH, ANDA AKAN TERUS DIPERMAINKAN. DAN ANDA AKAN TERTIPU DENGAN HELAH MEREKA.


3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Bro, ada dua kemungkinan menyebabkan pengundi-pengundi kaum India kembali menyokong BN...

Pertama, kalau mereka berterusan bersama DAP-PKR, golongan mereka terlalu minoriti, waima nasib mereka lebih teruk lagi daripada bersama BN.

Kedua, BN menampakkan lebih ikhlas untuk membela nasib kaum India apabila UMNO sanggup mengenepikan suara-suara kaum Melayu dgn meletakkan calon dari MIC....

Bagi kaum Cina pula, mereka merasakan mereka tidak memerlukan pembelaan dari BN melalui MCA, lebih-lebih lagi dengan UMNO yg di dakwa rasis dan mereka lebih bongkak bersama DAP yg lebih rasis apabila PKR dan PAS sendiri sudah sanggup berkongsi kuasa dengan menghapuskan hak-hak serta kuasa Melayu...... ketamakkan mereka lebih dasyat dari apa yg Melayu rasa Melayu berhak mendapatkannya....

Unknown berkata...

Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk mendedahkan penyelewengan PAS dari sudut aqidah ahlu sunnah wal jamaah. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

Unknown berkata...

Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah