2/17/2009

Isu Politik di Perak.. Sampai Mufti Kena Maki...



Kami UMNO Cawangan Gombak Selatan amat kesal dengan tindakan penyokong Pakatan Rakyat di Perak yang terlalu beremosi sehinggakan Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria dimaki hamun oleh mereka.

Apakah mereka sedar bahawa mereka memaki seorang yang bertaraf tokoh ulama'? Ooo.. Jawapan mereka mudah. Apabila kerajaan Pakatan Perak tumbang,mereka yang menyokong Kerajaan Negeri Perak (Barisan Nasional) kini sebagai munafik termasuklah Sultan Perak dan Muftinya.

Kenapa begitu beremosi sehingga begitu sekali? Apakah peranan PAS yang memperjuangkan Islam membiarkan penyokong mereka mengutuk Ulama' Perak ini? Taksub dengan Ulama' tajaan mereka sehinggakan ulama' yang diikhtiraf seperti Datuk Seri Harussani ini dicerca denagn kata-kata kotor.

"Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan perbuatan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu.
Perbuatan mencaci dan memaki itu adalah perbuatan syaitan. Kalau mereka (penyokong pembangkang) hendak maki saya dan kata saya ini anjing terpulanglah kepada mereka"

Demikian kata Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dalam Utusan Malaysia, 17 Februari 2009 mengulas mengenai perbuatan caci maki yang dilakukan oleh penyokong pembangkang terhadapnya.
Ingatlah,bahawa pemimpin anda kini sudah terang lagi bersuluh mempunyai moral yang rendah. Dari kes rasuah ke skandal demi skandal (Pemimpin PKR). Yang peliknya,pemimpin sebegini yang mereka bela dan simpati (merujuk kehadiran Ketua Muslimat PAS Pusat ke sidang akhbar Elizabeth Wong).

Wahai sahabatku dari PAS,anda mahu membela pemimpin sebegini,tetapi membiarkan penyokong anda mencerca Ulama? Jika benar,anda memang gila. Maaf jika ayat ini agak kasar,tetapi inilah realiti. Taksub dengan pemimpin sehinggakan yang buruk disanjung,yang baik dikeji..


2/16/2009

Skandal Exco Selangor? Macam - Macam...


Kecoh skrg mengenai foto skandal Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong. Betul atau tidak tak pasti. Yang pasti, kita harus mendesak pihak polis untuk menyiasat perkara ini secara terperinci kerana ia melibatkan pemimpin negeri Selangor yang memegang portfolio Kerajaan Negeri.

Yang menariknya, sebelum ini kerajaan PKR mencanang satu Malaysia malah satu dunia mengatakan kerajaan BN meletakkan pemimpin yang rendah moralnya. Semua pemimpin UMNO dan BN ada skandal lah, makan rasuah lah, gatal lah.. Dan mereka memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat bersih dari rasuah, korupsi dan mempunyai nilai moral yang bersih dan tinggi. Betul ke?....

Sebelum ini pun terdapat beberapa kes rasuah melibatkan pemimpin PKR yang dalam siasatan. Ini skandal pula... 'Bersih'nya pemimpin PKR. Bila terkena batang hidung, dikatakan pula mereka difitnah,serangan peribadi dan ada orang yang berniat jahat untuk menjatuhkan mereka. Tapi bila pemimpin UMNO dan BN dituduh melakukan skandal,mereka kata "inilah wajah sebenar pemimpin UMNO dan BN".

Sekurang-kurangnya, pemimpin BN, Dr. Chua Soi Lek telah mengakui kesilapan beliau,terus bertindak meletakkan jawatan beliau pada ketika itu dan menyerahkan semua pada pihak polis dan mahkamah. PKR?...

Apa-apa sekalipun,inilah politik. Kita sewajarnya bijak memilih parti yang berjuang mempertahankan negara sejak 52 tahun terdahulu. Memilih pemimpin yang berkualiti dan berjuang untuk agama,bangsa dan negara. Berjuanglah dengan ikhlas di dalam UMNO.


Suatu Ketika Dulu -Siri 1-




Jika anda tidak percaya,tanyalah bekas pengikut-pengikut Anwar Ibrahim di dalam UMNO. Mereka mempunyai alasan yang tersendiri tidak memilih untuk bersama Anwar keluar UMNO. Anwar Ibrahim bijak menggunakan situasi politik untuk kepentingan peribadi. Sedarlah.. Bangkitlah... Bersama berjuang di dalam UMNO, demi agama,bangsa dan negara.


Lompat Si Katak Lompat.... -Siri 1-


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Dok menyanyi sangat nak lompat parti

Padah makan diri sendiri


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Nizar dok berangan MB lagi

Sapa nak bayar gaji


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Nizar sedarlah diri

Orang dah tak percaya kat hang lagi


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Nizar beli camry

Dapat kat zambry


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Apa anwar dapat

Kena maki dengan pengerusi DAP


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Orang melayu dok nganga apa lagi

Raja sendiri kena caci


Lompat si katak lompat

Lompat tinggi tinggi

Wahai bangsaku yang dicintai

Marilah kita bersatu hati…….

2/12/2009

Kisah Kereta Camry.. Memakan Diri - Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan

Kisah Kereta Camry ini telah membawa nasib malang buat kerajaan Pakatan Rakyat.. Tidak perlu saya mempertikaikan pembelian kereta ini untuk kegunaan MB dan Exco negeri Perak. Apa yang diharapkan oleh Kerajaan Pakatan di Perak membawa tuah dengan pembelian kereta ini. Namun, lain pula yang terjadi. Kerajaan mereka tumbang dengan 3 ADUN dari PKR dan 1 dari DAP bertindak keluar parti dan menyertai BN..

Saya juga tertarik dengan kerajaan Selangor yang juga menggunakan Camry sebagai kereta rasmi mereka.. Tak takut jadi mcm kerajaan Pakatan Perak ke?

Sebenarnya bukan isu kereta yang menjadi masalah.. Sikap kerajaan Pakatan yang cuba mempermainkan emosi rakyat Malaysia memakan diri mereka sendiri. Sebelum ini,pemimpin-pemimpin Pakatan sering menuduh bahawa pemimpin BN sering melakukan pembaziran,hidup dengan penuh kemewahan dengan hasil wang rasuah. Sekarang, siapa yang membazir? Siapa yang mewah?Saya tidak menafikan ada di kalangan pemimpin UMNO yang melakukan politik wang. Asam garam politik,tiada manusia yang sempurna. Pokok pangkal diri kita samada berjuang demi Allah,atau ada kepentingan lain. Namun, UMNO telah mencari satu jalan penyelesaian yang baik melalui lembaga displin UMNO. Adakah pemimpin-pemimpin Pakatan bersih dari rasuah? Adakah Pakatan samada PAS, DAP terutamanya PKR ada menyiasat bagi memastikan pemimpin-pemimpin mereka bebas dari rasuah dan politik wang? Buka mata dan minda, kerana bukti ada di depan kita.

Saya ingin mengingatkan sahabat-sahabat saya yang dahulunya berjuang di dalam Pemuda UMNO bersama saya, kini hidup selesa di bawah payung PKR,berjuanglah dengan penuh keikhlasan dan tidak lupa diri. Kembalilah bersama saya,berjuang dalam UMNO.. PKR,perjuangan yang tidak telus. PKR,perjuangan hanya untuk Anwar Ibrahim. PKR,perjudi emosi dan minda rakyat.

Biarlah bersusah dahulu di dalam UMNO.. Kerana perjuangan kita untuk agama, bangsa dan negara.


ABD. RAZAK MUHAMAD
Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan