
Pada hari pengumuman calon parti PKR begi DUN Penanti, kelibat bekas ADUN, Fairus muncul buat pertama kalinya selepas meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti. Kemunculan ini menghairankan ramai pihak kerana SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bebas dari kes rasuah kuari.

Fairus juga mendakwa ada pakatan dari pihak dalaman PKR yang ingin menjatuhkan beliau. Beliau juga begitu kecewa dengan layanan pilih kasih terhadap beliau kerana tidak dibela sepertimana Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Kehadiran Fairus semasa majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seperti orang kata, 'drama telahpun tamat, kini tiba masa untuk mengambil gaji dari pihak penerbit?' Adakah semua ini hanyalah lakonan yang diberikan Fairus sebagai alasan untuk letak jawatan bagi DUN Penanti?
Persoalan yang timbul, Fairus kini bebas dari rasuah kuari dan ianya disahkan oleh SPRM, kenapa perlu juga meletakkan jawatan. Apa alasan kukuh yang mennyebabkan beliau letak jawatan? Alasan untuk melanjutkan pengajian bukan penghalang untuk beliau meneruskan karier dan tanggungjawab sebagai ADUN.
Inikah strategi PKR sebenarnya. Adakah PKR sengaja mahu mengosongkan kerusi DUN Penanti supaya mereka dapat mengalihkan perhatian masyarakat dan kerajaan dari isu-isu yang lebih penting seperti ekonomi dan pembangunan Negara?
Apakah strategi ADUN atau Ahli Parlimen letak jawatan akan dilakukan lagi selepas Fairus?
Stategi ini sengaja dilakukan di kawasan kubu kuat PKR bagi menunjukkan kekuatan mereka dan setelah mereka menang, mereka akan mencanang satu dunia bahawa mereka semakin kuat.

Jangan cuba mempermainkan rakyat dengan budaya meletak jawatan. Apa kamu fikir tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat boleh kamu jadikannya alat untuk permainan politik kamu? Mana perginya sumpah kamu untuk berkhidmat di kawasan kamu?
Tetapi, PKR telah termakan sumpah. PAS Pulau Pinang membuat keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil di Penanti. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Aminah Abdullah juga menawarkan diri untuk menjadi calon bebas bagi menegakkan keadilan di dalam PKR. Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi kerusi tersebut.
Inilah akibat PKR mempermain sumpah mereka terhadap rakyat. Belum sempat berkhidmat sebagai YB, sudah letak jawatan. PAS Permatang Pauh telah mengesan strategi buruk PKR ini. Mereka merasakan strategi PKR salah dan mereka akan tetap meletakkan calon untuk DUN Penanti.

Inilah strategi buruk PKR dikepalai Anwar Ibrahim. Beliau sebenarnya tidak pernah mementingkan rakyat. ADUN menjadi medan permainan politik mereka. Budaya meletak jawatan wakil rakyat sesuka hati mungkin akan dilakukan lagi selepas ini. Mereka lupa bahawa wang untuk diperuntukkan bagi menampung kos pilihanraya adalah wang rakyat.
Itu semua tidak dipedulikan lagi PKR. Yang lebih penting, publisiti murahan dengan mengalihkan perhatian rakyat kerana khuatir dasar dan plan baru yang diperkenalkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib akan meyakinkan rakyat.
PKR, sudahlah. Rakan kamu dari PAS sendiri benci dengan strategi kamu kerana strategi kamu ini salah. Jika BN membuat keputusan untuk tidak bertanding, nampaknya PKR tidak menang mudah. Terpaksa berhadapan dengan sahabat-sahabat mereka sendiri.
JANJI RAKYAT PENANTI TERGADAI..
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH PKR BERMAIN POLITIK DENGAN TAKTIK BURUK ...
SEHINGGAKAN PAS SENDIRI MAHU BERLAWAN DENGAN MEREKA
INILAH PERJUANGAN PKR...