
Slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak adalah nadi kemerdekaan Negara kita. Kita sewajarnya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai penganut Agama dan Bangsa.
Bangsa Melayu, Cina dan India antara kaum utama di Negara ini. Dan kita sewajarnya memupuk semangat kekeluargaan di kalangan kita. Tidak perlu kita mempertikai atau menafikan hak sedia ada. Kerana ianya terbukti mampu menguatkan semangat perpaduan di Negara kita.
Ayuh kita bersatu. Kita semarakkan kemerdekaan yang kita kecapi ini. Jangan kita membiarkan mana-mana individu atau sekumpulan manusia memecahbelahkan kita semua. Golongan sebegini sengaja mengapi - apikan kita semua dengan mempertikaikan hak keistimewaan, hak kebebasan dan perlembagaan sedia ada untuk kepentingan mereka. Walhal ianya bukanlah satu bebanan untuk kita bersatu. Ia adalah satu simbol perpaduan kita.
Ayuh.. Kibarkan jalur gemilang. Tanda kekeluarga 1Malaysia...